YDP antara dua direman bantu siasatan salah guna kuasa

0
31
Dua lelaki termasuk seorang Yang Dipertua sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki termasuk seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.

Memetik laporan Berita Harian, perintah reman terhadap YDP berusia 80-an dan rakannya yang berusia 50-an dikeluarkan Majistret Noor MazrinieMahmood.

Dua suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 2.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek berusia 80-an disyaki menggunakan jawatannya dengan melantik suspek kedua sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama pada 2018.

YDP berkenaan dikatakan mempunyai kepentingan ke atas syarikat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here