9 terbunuh, 18 cedera bas mini terbalik

0
17
GAMBAR HIASAN

KAHERAH – Sembilan orang dilaporkan terbunuh manakala 18 lagi cedera apabila sebuah bas mini terbalik di lebuh raya di wilayah Minya, menurut pihak berkuasa Mesir.

Kemalangan yang berlaku pada Sabtu (waktu tempatan) itu melibatkan sebuah bas mini yang membawa 27 penumpang termasuk 13 kanak-kanak itu sedang dalam perjalanan dari wilayah Sohag menuju ke Kaherah.

“Kemalangan berlaku pada awal pagi Sabtu akibat memandu laju hingga tayar bas di bahagian depan pecah dan bas itu terbalik beberapa kali,” kata Gabenor Minya, Osama Al-Qady kepada Xinhua.

Sebanyak 15 ambulans dihantar ke lokasi kejadian, manakala 10 daripada 18 penumpang yang cedera dibenarkan keluar hospital.

Nahas jalan raya di Mesir meragut ribuan nyawa setiap tahun.

Pada Ogos, kemalangan membabitkan bas mini dan trak di Sohag menyebabkan 17 orang maut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah menaik taraf rangkaian jalan rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here