Aaron Chia-Wooi Yik tamatkan badi separuh akhir, tewaskan pasangan India

0
27

TOKYO – Badi separuh akhir pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya lebur selepas berjaya menewaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan keputusan tiga set dalam Kejohahan Badminton Dunia sebentar tadi.

Pasangan utama negara itu menang dengan keputusan 20-22, 21-18, 21-16.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Malaysia melangkah buat pertama kali ke perlawanan akhir pertandingan berprestij itu.

Pasangan negara dijadualkan bertemu pasangan Indonesia, Ahsan dan Hendra Setiawan esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here