Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia

0
55
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae,di Tokyo Metropolitan Gymnasium, sebentar tadi.

TOKYO – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas mengalahkan pasangan Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae,di Tokyo Metropolitan Gymnasium, sebentar tadi.

Perlawanan di antara dua beregu itu berlangnsung sengit sejak awal perlawanan tetapi Aaron dan Wooi Yik menunjukkan aksi lebih mantap untuk memenangi set pertama 21-18.

Beregu pilihan keenam itu kemudian diberikan tentangan lebih sengit pasangan Korea Selatan itu dalam set kedua namun laluan ke separuh akhir menjadi milik Aaron dan Wooi Yik menerusi kemenangan 21-16.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here