Ainul Mardhiah kini berada dalam keadaan kritikal, tenat

0
149
Ainul Mardhiah dirawat di PICU selepas terkena jangkitan yang merebak di merata tempat

CYBERJAYA – Penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini berada dalam keadaan kritikal dan tenat selepas terkena jangkitan.

Menurut perkongsian oleh ibunya Nurul Erwani Zaidi di Instagram, Ainul Mardhiah kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni.

“Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” katanya.

Menceritakan semula bagaimana Ainul dijangkiti penyakit itu, Nurul Erwani berkata, pada mulanya Ainul mengalami muntah-muntah dan cirit birit dalam masa sehari.

“Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni.

“Terus bawa ke emergency. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, Ainul yang kini dirawat di PICU memerlukan bantuan ventilator.

“Bangun dan lawan, kakak. Walid dan mama sayang kakak, kami tunggu kakak bangun, lawan dan menang seperti selalu.

“Mohon doakan Ainul Mardhiah kami bangkit melawan serangan yang agak teruk kali ni. Ainul dirawat di PICU sekarang, perlukan bantuan ventilator.

“Doakan juga Allah SWT bimbing, berikan jalan dan mudahkan urusan doktor dan jururawat yang sedang merawat ainul sekarang,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here