Ainul Mardhiah telah sedar sepenuhnya, tidak lagi bergantung dengan ventilator – bapa

0
20
Keadaan inul Mardhiah Ahmad Safiuddin ketika dirawat di PICU

CYBERJAYA – Penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) kini semakin menunjukkan perkembangan positif.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, Ainul yang sebelum ini terpaksa ditidurkan juga sudah sedar sepenuhnya.

“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100 peratus. Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan.

“Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik. Sehingga bila, itu terpulang pada doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Mengulas lanjut Ahmad Saifuddin berkata, sepanjang rawatan itu, kanak-kanak itu juga perlu menambah darah berikutan penyakit yang dihidapinya sebelum ini.

“Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah. Orang seperti Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ini.

“Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia. Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di mana lah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ni.

“Semoga Allah swt lapangkan rezeki kalian dan dicukupkan semuanya. Azam lepas ni kita derma darah ramai ramai ya. Nampak macam remeh temeh, tapi percaya lah besar pahalanya sebab dapat bantu orang yang memerlukan. Membantu dan memberi pertolongan tidak semestinya dengan wang ringgit,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here