Amalan Tarekat Naqsyabandiah diberi kebenaran bersyarat

0
27
ZAMRI HASHIM

IPOH – Amalan Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani hanya diberi kebenaran bersyarat di negeri Perak melalui pewartaan fatwa mengenainya pada 22 Julai lalu.

Laporan Sinar Harian menyebut, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim sebagai berkata, pewartaaan fatwa berkenaan hanya merujuk amalan yang berada di dalam negeri Perak sahaja dan tidak tertakluk kepada negeri-negeri lain.

Menurutnya, menjadi kewajipan pimpinan-pimpinan tarekat berkenaan untuk memastikan garis panduan yang termaktub di dalam fatwa dipatuhi.

“Fatwa berkenaan merujuk hanya di dalam negeri Perak, jadi Jawatankuasa Fatwa berpuas hati pengamalan tarekat itu di negeri Perak masih di dalam kerangka Ahli Sunah Wal Jamaah.

“Perak masih belum ada enakmen kawalan tarekat, jadi kita kawal bukan mengongkong. Kita kawal untuk memastikan supaya tarekat berkenaan tidak terkeluar daripada Ahli Sunah Wal Jamaah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa Ilmuan Islam Bersama Mufti Negeri Perak di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Sementara itu, Zamri berkata, Multaqa Ilmuan Islam yang dianjurkan itu antara lain memberi ruang seluas-luasnya kepada peserta untuk mendapatkan maklumat terperinci dan lengkap mengenai pewartaan fatwa berkenaan.

Menurutnya, peserta yang hadir terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Ahli Jawatankuasa Kajian Fiqh negeri Perak dan Jawatankuasa Haiah Ulama iaitu satu kumpulan ulama anak-anak Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here