Anggap seperti keluarga sendiri, Mydin sedia bantu Malakat Mall

0
331
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata sesuatu kepada Coach Fadzil ketika beliau melakukan kunjungan di pusat beli belah Malakat Mall hari ini.

CYBERJAYA – Pemilik rangkaian hypermarket terkenal Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersedia untuk membantu Malakat Mall yang turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ameer Ali, sebagai saudara seagama, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk membantu ‘ahli keluarga’ dan saudara yang sedang ditimpa kesusahan.

“Kita sedia maklum selepas PKP, nak recover semula bukan mudah. How important thing dalam perniagaan ini, kita kena sokong produk kita.

“Malah orang Yahudi pun sama, kamu kena sokong produk orang kamu. Orang Korea pun pakai kereta buatan Korea saja, orang Jepun pun sokong produk Jepun.

“Ini masalah dengan orang kita, macam saya buka Mydin di Subang, kita pun sedia maklum di sebelah ada siapa tapi orang-orang kita pun ke sebelah sana juga, tapi tak apalah pada saya sebab ini free country. Apa yang penting kita kena tolong orang kita, kalau orang kita susah kita kena tolong macam satu keluargalah adik kita susah, mak bapa tak sihat siapa akan tolong?,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu beliau membuat lawatan ke pusat beli belah itu dengan diiringi oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Coach Fadzil membawa Datuk Ali Ameer melawat dalam pasar raya Malakat Grocer di Malakat Mall.

Mengulas lanjut, katanya, bantuan yang diberikan kepada Malakat Mall ialah sebagai sebuah keluarga.

Katanya, selepas mendengar dan melihat video tular mengenai keadaan Malakat Mall yang kosong, beliau berasa sedih dan terpanggil untuk membantu.

“Kali ini kita brother as one family, saya dengar cerita (Malakat Mall kosong) dan saya sedih hati, jadi saya fikir macam manalah nak bantu.

“Jadi apa yang kita buat ialah sempena tahun ulang tahun ke-65 Mydin kita akan adakan promosi jualan murah gila di Malakat Mall.

“Insya-Allah pada 21 Ogos ini akan ada lebih kurang 15 barang yang dijual pada harga tak masuk akal, jadi saya harap dapat datang beramai-ramai pukul 10 pagi di sini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil merakamkan ucapan penghargaan terhadap keprihatinan pemilik rangkaian hypermarket itu.

“Saya dan Datuk Amir sudah berjumpa lama, masa saya ikut trip ke China lagi untuk ambil barang di sana.

“Kita memang terharu, saya rasa ini usaha yang tak pernah berlaku dalam sejarah industri runcit negara apabila satu hypermarket yang besar bantu satu mall atau hypermarket yang kecil. Kita sangat berterima kasih dan mendoakan seluruh keluarga Mydin menjadi lebih besar lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Coach Fadzil turut menyeru orang ramai bersama-sama menyokong produk dan jenama milik tempatan supaya dapat mengembalikan kekuatan ekonomi ummah.

“Industri runcit Malaysia bernilai RM110 bilion mengikut data 2019 dan 60 peratus rakyat Malaysia beri kepada syarikat asing yang merupakan kawan-kawan Kapten Syers (watak penjajah dalam filem Mat Kilau).

“Bagi saya ini adalah permulaan mungkin selepas ini orang kita akan terbuka hati untuk menyokong, sebenarnya jika kita berbelanja dengan local, local sendiri yang akan contribute back kepada negara.

“Kalau kita beri kepada syarikat asing, mereka akan melabur dalam jumlah yang sangat sedikit kepada negara,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here