AS dakwa berjaya bunuh pemimpin no. 1 al-Qaeda

0
20
Ayman al-Zawahiri (kanan) bersama Osama Ben Laden.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya membunuh pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dalam satu operasi di Afghanistan, semalam.

Al-Zawahiri dikatakan terbunuh dalam satu serangan dron yang menyasarkan sebuah rumah di Kabul.

Kejayaan operasi tersebut diumumkan oleh Presiden AS, Joe Biden, sebentar tadi.

“Kita sudah berjaya mendapatkan keadilan.

“Sekiranya anda mengancam keselamatan rakyat AS, kami akan mencari anda tidak kira di mana anda bersembunyi,” kata Biden dalam satu perutusan khas.

Al-Zawahiri merupakan antara individu penting yang terlibat dalam serangan keganasan ke atas AS pada 11 Sept 2001 yang mengorbankan hampir 3,000 mangsa.

Dia mengambil alih kepimpinan al-Qaeda sejak tahun 2011 setelah kematian Osama Ben Laden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here