Banjir kilat: Paras air di Taman Sri Muda kembali surut

0
24
Anggota JBPM sedang memantau situasi air sungai di kawasan Taman Sri Muda. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Keadaan di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam dilaporkan kembali normal susulan banjir kilat yang melanda kawasan tersebut berikutan hujan lebat berpanjangan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pemantauan dari semasa ke semasa dijalankan pihaknya mendapati semua laluan di kawasan tersebut masih boleh dilalui.

“Hasil pemantauan awal pihak polis mendapati lokasi di sekitar Taman Sri Muda dalam keadaan baik dan terkawal walaupun pada petang ini berlaku banjir kilat yang menyebabkan ada jalan yang dinaiki air hingga paras buku lali.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan video kejadian banjir yang lama sebelum memastikan kesahihan kerana boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar,” katanya dalam kenyatann tersebut, sebentar tadi.

Terdahulu, beberapa kawasan di Taman Sri Muda dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut selama beberapa jam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dilaporkan telah menggerakkan beberapa buah bot dan aset berkaitan ke kawasan tersebut bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here