Baru berusia 21 tahun, pelajar universiti ini mampu bayar yuran universiti RM100k, miliki wisma sendiri dengan QM 

0
91
Ninicomei meluangkan masa lebih tiga jam melawat pusat beli belah Malakat Mall di sini, hari ini.

CYBERJAYA – Siapa sangka seorang wanita yang baru berusia 21 tahun berjaya menjana pendapatan enam hingga ke tujuh angka sebulan selepas berkecimpung dalam pelaburan emas Quantum Metal (QM).

Dia yang dikenali sebagai Ninicomei, berkata, tujuan dia menyetai QM adalah untuk memberikan pendedahan terutamanya kepada generasi Z di luar untuk menjana pendapatan.

“Misi Nini adalah untuk beri pendedahan kepada gen Z di luar sana sebab mereka ini kurang pendedahan dalam dunia networking.

“Sebenarnya networking (jaringan) ini adalah suatu benda yang bagus untuk jana pendapatan sebab banyak pelajar yang kurang pendapatan dan mereka ini nak jadi kaya tapi tak tahu macam mana,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pencapaiannya sepanjang bergelar QM Merchant, dia berkata, sudah berjaya membeli dua buah rumah dan telah melangsaikan yuran pengajiannya berjumlah RM100,000.

“Nini berjaya bayar yuran universiti Nini RM100,000 sendiri, Nini juga bayar semua pinjaman peribadi ibu, dapat beli dua buah rumah dan ubah suai rumah sendiri yang tengah duduk sekarang ni,” ujarnya.

Selain itu, berbekalkan pengalamannya sejak umur 15 tahun dalam dunia networking, dia juga telah berjaya mengasaskan wismanya sendiri yang diberi nama Wisma Ninicomei.

Ujarnya lagi, wisma miliknya itu dalam proses pembinaan dan akan digunakan bagi melakukan aktiviti dan pelbagai acara di masa akan datang.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar anak muda di luar sana tidak berputus asa dalam apa jenis perniagaan asalkan ianya mematuhi syariah Islam.

“Kepada semua anak muda, kamu nak buat apa sahaja di muka bumi ini mesti patuh syariah dan konsisten sebab apa jenis perniagaan pun kalau konsisten mesti berjaya,” katanya yang turut meluangkan masa lebih tiga jam melawat pusat beli belah Malakat Mall.

Dalam pada itu, Ninicomei melahirkan kekaguman melihat ekosistem yang diterapkan di Malakat Mall kerana konsepnya yang merangkumi keperluan harian pengunjung di situ.

Ninicomei meluangkan masa lebih tiga jam melawat pusat beli belah Malakat Mall di sini, hari ini.

“Bila Nini masuk Malakat Mall, Nini rasa bangga sebab Malakat Mall ini penuh dengan ekosistem sebab pergi satu pusat beli belah semua ada. Kalau nak pergi beli barang dapur, beli baju, makan semua ada atau nak lepak.

“Apa yang saya nampak satu benda yang bagus di Malakat Mall ini bila kita masuk je, Nini nampak inilah anak Melayu yang mempunyai ‘mindset’ perniagaan yang dia nak berjaya dan bantu perniagaan orang Melayu,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here