Bernas tawar ‘tajaan’ beras percuma di pameran MAHA

0
21
Khemah pameran Bernas di MAHA yang akan berlangsung esok di MAEPS Serdang, Selangor.

CYBERJAYA – Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menawarkan hadiah bekalan beras percuma selama setahun kepada pemenang bertuah di pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) yang akan bermula esok.

Bernas dalam kenyataan berkata, hadiah istimewa itu ditawarkan melalui pertandingan Teka Berat Beras yang akan diadakan di Dewan A, pusat pameran di MAEPS, Serdang itu.

“Dalam pertandingan itu, peserta hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran.

“Tempat kedua pula akan memenangi bekalan beras untuk enam bulan dan tempat ketiga pula bakal memenangi bekalan beras selama tiga bulan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, pengunjung juga berpeluang mempamerkan kekuatan fizikal melalui pertandingan mengangkat kampit beras dalam Badang BERNAS yang akan diadakan pada 2 petang, 13 Ogos ini.

Selain itu, Bernas turut menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 melalui pertandingan gambar kreatif bertemakan gambar beras atau padi melalui paltform media sosialnya.

Bernas berkata, sempena MAHA 2022 yang bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’, pihaknya akan mempamerkan informasi menarik mengenai tanggungjawab melestarikan industri padi negara.

“Kami menjemput orang ramai untuk berkunjung ke gerai pameran kami di Laman Padi dan menikmati keenakan juadah bubur lambuk istimewa.

“Pengunjung berkeluarga juga berpeluang melihat kaedah pemprosesan padi di Kilang Padi Mini Bernas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here