Bonnie Bunyau raih emas, pecah rekod Komanwel acara angkat berat

0
39
Bonnie Buyau berjaya meraih pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada temasya Sukan Komanwel.

BIRMINGHAM – Jaguh angkat berat yang juga juara dunia, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada temasya Sukan Komanwel hari ini.

Lebih membanggakan, Bonnie Bunyau juga berjaya memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan seberat 220 kilogram (kg).

Kejayaan itu juga sekali gus menghadiahkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara.

Terdahulu, pada saingan final sebentar tadi, Bonnie mengumpulkan 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210 kg pada sesi pertama, 216kg (kedua) dan 220kg (ketiga).

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England menerusi Mark Swan yang mengumpulkan 147.6 mata dan gangsa milik Innocent Nnmandi (145.5 mata).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here