‘Bossku’ tidak berhenti di sini – Yana Najib

0
47
Nooryana Najwa bersama Najib Razak dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini. Foto Utusan Online.

CYBERJAYA – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara berikrar bahawa perjuangan menuntut keadilan untuk bapanya tidak akan berakhir dengan keputusan hari ini.

Nooryana Najwa Najib dalam hantaran di Instagramnya juga berjanji untuk terus berjuang sehingga bapanya dibebaskan dan kembali ke pangkuan keluarga mereka.

“Saya berjanji bahawa mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga serta orang-orang yang lain tidak akan berehat sehingga anda selamat kembali bersama kami dan keadilan.

“Boskku tidak akan berakhir di sini,” ujarnya dalam hantaran bersama sekeping gambar beliau menggenggam erat tangan ayahnya.

Nooryana berkata, keputusan yang diumumkan hari ini mungkin juga disebabkan perjuangan mereka selama ini belum memadai dan terlalu berserah kepada sistem kehakiman.

“Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati yang menjadi sebab dan tujuan kita berjuang sejak empat tahun lepas.

“Malangnya, ayah tidak mendapat keadilannya hari ini, kami juga tidak mempunyai peluang untuk berlawan,” katanya.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here