‘Brainy Bunch Market Day’ menanti pengunjung Malakat Mall sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini 

0
26
Suasana Brainy Bunch Market Day sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

CYBERJAYA – Dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 berbaki beberapa hari lagi, Malakat Mall dengan kerjasama Brainy Bunch bakal mengadakan program jualan bersama murid Brainy Bunch di pusat beli belah itu pada 31 Ogos ini.

Diberi nama ‘Brainy Bunch Market Day’, program itu bakal dimeriahkan dengan pelbagai jenis gerai yang dikendalikan sendiri oleh lebih 2,000 murid dan guru Brainy Bunch.

Menurut Pengurus Divisi Brainy Bunch, Noraizawati Abd Rashid, program berkenaan akan diadakan pada jam 10 pagi hingga 3 petang dengan pelbagai jenis segmen gerai.

Pengurus Divisi Brainy Bunch, Noraizawati Abd Rashid.

“Terdapat beberapa segmen untuk barang yang akan dijual. Contoh untuk makanan dan minuman, pencuci mulut, pastri dan kuih-muih.

“Kita juga akan buka gerai permainan untuk anak-anak bermain yang menawarkan hadiah untuk dimenangi. Contohnya pertandingan dart, dam ular, ‘UNO tower’ selain bermain sambil belajar,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat juga aktiviti berbentuk pertandingan seperti pertunjukkan fesyen dan pertandingan mewarna bertemakan Hari Kemerdekaan.

Suasana Brainy Bunch Market Day sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

‘Kita juga ada anjurkan beberapa pertandingan seperti pertunjukkan fesyen dan pertandingan mewarna. Untuk pertunjukkan fesyen kita sudahpun buka pendaftaran untuk ibu bapa Brainy Bunch dan hadiah akan disediakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tujuan program itu diadakan untuk mendedahkan murid Brainy Bunch dengan asas berniaga.

Sementara itu, beliau juga mengajak orang ramai bersama-sama untuk memeriahkan lagi Hari Kebangsaan di Malakat Mall pada Rabu minggu hadapan di samping menyokong produk lain yang dijual di pusat beli belah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here