Brainy Bunch sasar ke Nasdaq

0
56
Kampus utama Brainy Bunch di Cyberjaya, Selangor.

CYBERJAYA – Pihak pengurusan Brainy Bunch Sdn. Bhd. sedang menyusun struktur syarikat bagi membolehkan syarikat menjual saham Pre-Ipo di Bursa Amerika Syarikat (AS), Nasdaq.

Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membina syarikat tersebut supaya dapat disenaraikan di bursa tersebut.

“Sekarang kami dalam proses untuk membina Brainy Bunch menjadi syarikat yang listing di Nasdaq.

“Kami sedang susun struktur membolehkan Brainy Bunch menjual shares Pre-Ipo di USA. Doakan yang terbaik untuk Ummat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Tambahnya, syarikat miliknya bersama isteri, Efizah Mohtar Rasali turut berjaya mengutip nilai jualan terkumpul berjumlah sebanyak RM300 juta di antara tahun 2010 hingga 2020.

Baginya, pada tahun ini, beliau menyasarkan nilai jualan mencecah RM100 juta.

Brainy Bunch yang mula diasaskan pada 2010 di Kajang, Selangor mempunyai sebanyak 110 cawangan tadika di seluruh negara, dengan murid seramai kira-kira 8,000 orang.

Selain tadika, Brainy Bunch turut mengoperasikan pusat asuhan kanak-kanak dan dua buah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pusat pendidikan yang menggunakan konsep montessori Islamik bagi pendidikan awal kanak-kanak itu turut beroperasi di Indonesia, Singapura, Brunei dan sebuah pusat pendidikan kebajikan di Gaza, Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here