Brainy Bunch tawar dewan kahwin secara percuma

0
26
Dewan utama Brainy Bunch yang menjadi lokasi konvokesyen sekolah antarabangsa itu setiap tahun.

CYBERJAYA – Mendapatkan lokasi majlis perkahwinan yang luas, selesa dan mudah akses bukan sesuatu yang mudah untuk dicari. Jika ada sekali pun, harganya pasti tidak masuk akal.

Percaya atau tidak, tawaran seumpama itu wujud dan lebih mengagumkan lagi ia ditawarkan secara ‘percuma’ kepada penyewa oleh institusi pendidikan montessori, Brainy Bunch.

Bagi warga di sekitar daerah ini, Putrajaya, Dengkil, Semengih, Kajang dan Bangi, rebutlah peluang pakej Jom Kahwin yang pastinya rugi jika dilepaskan.

Pengasas Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pakej yang ditawarkan itu hanya mengenakan caj catering pada harga berpatutan iaitu RM20 setiap kepala dengan jumlah tempahan minimum 500 orang manakala selebihnya ditawarkan secara percuma.

Antaranya adalah dewan yang mampu memuatkan undangan sehingga 700 orang, pentas, ruang legar terbuka yang luas, meja dan kerusi (4 meja VIP), PA sistem, pelayan, pengacara majlis dan persembahan silat.

Selain itu katanya, antara kemudahan asas lain yang pastinya menyenangkan penganjuran majlis adalah tempat parkir yang luas, lif, tandas dan surau yang selesa.

“Semua kemudahan ini disediakan sebagai tawaran kepada umat Islam untuk melaksanakan tuntutan agama iaitu perkahwinan.

“Sudah tentu tawaran ini tidak akan dapat diperolehi di mana-mana pada masa ini,” katanya.

Mohd Fadzil Hashim

Selain itu Mohd Fadzil berkata, pihaknya turut menyediakan beberapa perkhidmatan berkaitan majlis perkahwinan secara berbayar seperti servis juruvideo, jurugambar, percetakan bunting, photo booth, pelamin dan hiasan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pakej ini boleh menghubungi Rafudin di talian 011 11435309 atau Amirul 017 6292688.

Sementara itu, pelanggan pertama Pakej Jom Kahwin, Kamarul Ariffin Shafiai berkata, pakej yang ditawarkan Brainy Bunch memang sukar untuk ditolak bahkan beliau sekeluarga berasa bersyukur kerana ditawarkan pakej berkenaan.

“Dengan hanya membayar harga makanan pada harga RM20 sekepala, semua yang lain ditanggung oleh pihak Brainy Bunch. Memang tak ada orang buat servis macam ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Coach Fadzil kerana bermurah hati menyediakan pakej ini. Memang jimat perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya yang memberikan penarafan peribadi 5 bintang kepada Pakej Jom Kahwin.

Sementara itu, tetamu majlis perkahwinan itu, Haniza Kassim berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai pakej yang ditawarkan itu selepas mengambil kira segala kemudahan yang tersedia dalam keadaan cukup selesa.

“Semuanya memang terbaik, tahniah Coach Fadzil,” katanya.

Kamarul Ariffin Shafiai
Haniza Kassim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here