Cef Casa De Madani cemerlang di Battle of the Chefs 2022

0
75
(Dari kiri) Akmal, Nazirul Afiq dan Ain sedang bersedia untuk melangkah masuk ke dewan di mana pertandingan Battle of The Chefs diadakan, siang tadi.

CYBERJAYA – Tiga cef muda Casa De Madani berjaya menamatkan saingan mereka dalam pertandingan Battle of The Chefs 2022 di Pulau Pinang dengan keputusan yang amat membanggakan.

Ketiga-tiga cef tersebut – Ain Nazura Jahaya, Muhammad Nazirul Afiq Mazlan dan Akmal Taqi Borhan – berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa setelah menamatkan saingan masing-masing, siang tadi.

(Dari kiri) Akmal, Ain dan Nazirul Afiq bersama pingat yang berjaya mereka menangi.

Ketua Jabatan Malakat Food Sdn. Bhd., Ahmad Rafudin berkata, kejayaan mereka dalam pertandingan tersebut merupakan sesuatu yang amat bermakna buat restoren nombor satu di Cyberjaya, Casa De Madani.

“Sebagai sebuah restoren fine-dining halal, kami amat mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan.

“Kejayaan para cef ini menunjukkan, bahawa restoren ini mempunyai barisan cef yang setanding dengan para cef lain yang lebih berpengalaman,” katanya Rafudin, hari ini.

Tambahnya, kejayaan ini tidak berhasil sekiranya tanpa sokongan pihak pengurusan tertinggi Kumpulan Malakat Eco.

Untuk rekod, Casa De Madani merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan syarikat yang diketuai oleh Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

“Kami amat berterima kasih di atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami selama ini, terutamanya kepada Coach Fadzil yang tidak putus memberikan kata semangat untuk kami memajukan lagi perniagaan dan bakat para cef,” tambah Rafudin lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here