‘CEO Megah Holdings’ sokong Malakat Mall 

0
64
Pelakon senior Malaysia, Datuk Mustapha Kamal

KUALA LUMPUR – Sinonim dengan membawakan watak-watak koporat di kaca televisyen nama Datuk Mustapha Kamal tidak perlu diperkenalkan lagi.

Beliau yang juga sering dipanggil ‘papa’  dan ‘pemilik Megah Holding’ menzahirkan sokongannya kepada Malakat Mall sebagai pembeli tegar barangan di pasar raya Malakat Grocer.

“Memang saya penyokong tegar Malakat Grocer. Selalu beli barang dekat sini dan kita semua orang Melayu Islam kena sokong, sokong orang kita berniaga ingat tu,” jelas beliau.

Kredit : Facebook Iqbal Ibrahim

Terdahulu, satu perkongsian telah dibuat oleh seorang pengguna aplikasi Facebook dikenali sebagai Iqbal Ibrahim, yang telah berpeluang bertemu dengan aktor senior itu.

Untuk rekod, Malakat Mall merupakan pusat membeli-belah berkonsepkan mesra Muslim.

Pusat beli belah itu mengumpulkan barangan usahawan Muslim sebagai salah satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi ummah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here