‘Daddy sihat’ – kata Yana Najib 

0
39
Nooryana Najwa Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi di sini, hari ini bagi mendengar sambungan perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 billion yang dihadapi oleh bapanya itu. Kredit foto – Najmi Zulkefle

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari berada di Penjara Kajang, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri sambungan kes perbicaraan pengelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Beliau dilihat hadir ke mahkamah pada jam 8.27 pagi dengan menaiki kenderaan ultikiti sukan (SUV) dengan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan hari ini berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Dia yang memakai baju putih dan berkod biru gelap diiringi pegawai penjara dari bilik lokap ke Mahkamah Tinggi 1 di tingkat 4 melalui laluan khas Orang Kena Tuduh (OKT) dan ditempatkan ke dalam bilik saksi sebelum dibawa melalui laluan dalam terus ke bilik mahkamah.

Dalam pada itu, menurut anak kepada bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa Najib, bapanya berada dalam keadaan sihat.

“Daddy sihat,”katanya sepintas lalu selepas ditanya media di sini, sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah pada jam 1.30 petang tadi.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib pada selasa, selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here