Dakwaan ‘pengkid’ berihram di Mekah, siasatan masih dijalankan

0
13
IDRIS AHMAD

CYBERJAYA – Siasatan berkaitan tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan mengenakan pakaian ihram lengkap seperti lelaki masih dijalankan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat maklumat lengkap sama ada individu tersebut sudah pulang ke Malaysia atau belum.

“Saya tak ada maklumat. Masih lagi semak maklumat ke mana dia pergi sebab dia ke sana (umrah) bukan dengan agensi tetapi secara DIY (diurus sendiri).

“Kita juga nak tahu status dia ini macam mana,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan dewan besar dan upacara pecah tanah Pondok Kitab Turath di Kompleks Pendidikan Al Rahmat, di Duyong, Melaka, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya telah mendapatkan bantuan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut sebelum tindakan tegas seterusnya diambil.

Bantuan daripada kedua-dua kementerian tersebut adalah susulan individu tersebut didakwa menggunakan visa pelancongan dan bukan menerusi khidmat agensi umrah.

Terdahulu, pada 12 Ogos media melaporkan tindakan tegas menanti individu wanita itu berikutan tular di Twitter mengenai dia yang berada di Mekah dalam keadaan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here