DBKL senarai hitam pemilik Crackhouse Comedy Club daftar perniagaan selamanya

0
42
Rizal Van Geyzel

KUALA LUMPUR – Pemilik dan pengasas Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel disenarai hitam daripada mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana lokasi di ibu negara.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, hasil mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan kelab berkenaan berkuat kuasa 30 Julai lalu.

Katanya, keputusan itu termasuk menyenaraikan pemilik kelab itu untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

“Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur, hari ini.

Rizal yang mengasaskan kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan memuat naik tiga video yang menyentuh sensitiviti perkauman di platform media sosial.

Di premis yang sama sebelum itu, seorang wanita dituduh membuat persembahan pentas yang menyebabkan suasana tidak harmoni menggunakan sentimen agama dan menanggalkan baju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here