DELIMa diperkasakan, jadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan

0
9
Radzi pada sidang akhbar di SMK Putrajaya Presint 8(1), hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Datuk Pkharuddin Ghazali (kiri).

PUTRAJAYA – Platform pembelajaran digital Kementerian Pendidikan (KPM), Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) kini diperkasakan dengan tiga elemen baharu bagi menjadikannya lebih menyeluruh dan lengkap.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Mat Jidin berkata, tiga aspek tersebut, iaitu pembelajaran yang diperibadikan, pengalaman pengguna dan analisis data yang dikuasakan menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, berfungsi bagi memberikan pengalaman terbaik buat guru dan pelajar dalam menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

“Kini, para guru boleh menggunakan pelbagai kaedah kreatif dan inovatif menerusi platform ini.

“Tujuan kita adalah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan,” kata Radzi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Platform Pembelajaran Digital KPM Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa): Agenda Digital Kita di SMK Putrajaya Presint 8(1), di sini hari ini.

DELIMa yang dilancarkan pada tahun 2020 kini mempunyai seramai 5.3 juta pengguna yang terdiri daripada para guru dan murid.

Daripada angka tersebut, tambah Radzi, 99 peratus daripada kumpulan guru dan 85 peratus daripada kumpulan murid menggunakan platform tersebut secara aktif.

“Adalah diharapkan penggunaan DELIMa dapat melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan negara,” kata Radzi lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here