Demi negaraku, demi Malaysiaku

0
23
Datuk Seri Rina Harun

DI atas pentas..
Meriahnya sambutan tahun ini
Pelbagai acara, berbilang bangsa
Kita semua satu keluarga..

Namun sebaknya rasa hati..
Rasa kesyukuran yang tidak terhingga
65 Tahun negara telah Merdeka..

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

65 tahun yang lalu…
Aku belum dilahirkan..
Ibu pun ketika itu baru berusia 6 tahun
Banyak yang diceritakan oleh Ibu
Walau diusia muda
Zaman kanak-kanaknya penuh pelbagai cerita
Pengalaman, pahit manis negara dijajah..
Besarnya pengorbanan pejuang tanah air..
Buat kami anak kelahiran pasca merdeka
Tak mungkin dapat dibalas segala pengorbanan mereka.
Ini lah tanah air ku
Tanah tumpah darahku
Demi negara tercinta ini
Ku berjanji
Akan kupertahankan kemerdekaan ini
Akan kucurahkan khidmat dan bakti
Demi negaraku
Demi Malaysiaku..

Oleh Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here