Empat maut dalam kemalangan empat kenderaan di LPT

0
36
Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan awal pagi tadi di LPT 1 menghala ke arah Kuantan.

KUANTAN – Empat dilaporkan maut dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di KM135.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1) menghala Kuantan, pagi ini.

Mangsa merupakan tiga lelaki dan seorang wanita, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 3.26 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Temerloh bergerak ke lokasi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan empat kenderaan, iaitu lori kontena, lori penunda serta dua buah kereta (Proton Exora dan Proton Waja).

“Empat maut, iaitu mangsa dari kereta Proton Exora dan lori penunda.

“Sementara 12 mangsa lagi yang mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan makluman awal mendapati, lori kontena dipercayai telah merempuh lori penunda yang sedang menunda Proton Exora yang rosak di tepi jalan, selain sebuah Proton Waja yang turut berhenti di lokasi kejadian.

“Akibat rempuhan itu, kereta Proton Exora yang dinaiki 11 orang membabitkan lima kanak-kanak, tiga lelaki dan tiga wanita terjatuh ke dalam gaung pada anggaran ketinggian 12 meter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here