Erwan Tahir ambil alih SweetDream, jenamakan semula sebagai ERWAN SweetDream

0
81
Datuk Seri Dr Erwan Tahir ambil alih SweetDream dan jenamakan semula sebagai ERWAN SweetDream.

KUALA LUMPUR – Tokoh perniagaan terkenal, Datuk Seri Dr. Erwan Tahir mengambil alih syarikat SweetDream Lifestyle Sdn Bhd selepas berjaya menjadi pemegang saham jenama tilam terkenal itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, menerusi pengambilalihan itu, beliau kini menguasai sebanyak 35 peratus saham di dalam syarikat tersebut melalui ERWAN Berhad sekali gus menjadikannya sebagai pemegang saham yang terbesar.

Sehubungan itu, katanya, jenama tilam itu akan ditukar dan dikenali sebagai ERWAN SweetDream Sdn Bhd.

“Keputusannya bagi memasuki industri ini adalah tepat pada masanya kerana SweetDream mempunyai kepelbagaian produk bagi segmen tilam generasi baharu yang menggunakan teknologi terkini termasuk set katil dan lain-lain.

“Selain itu SweetDream juga mempunyai pelanggan tetap dan setia kepada produk mereka sejak dari pelancaran produk tilam pertama mereka lagi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, SweetDream juga bukan satu nama yang baharu di Malaysia dan syarikat itu juga sedang giat menjalankan R&D bagi memastikan setiap tilam yang dihasilkan berkualiti dan mengikut piawaian antarabangsa.

Dalam pada itu Erwan berkata, melalui pengambilalihan itu juga, pihaknya akan menjadikan keseluruhan produk tilam berkualiti tinggi ERWAN SweetDream sebagai produk tilam mampu milik.

Berikutan itu, katanya, produk tilam itu akan dijual dibawah harga pasaran khususnya kepada golongan B40 dan seluruh Keluarga Malaysia.

Selain itu, Erwan berkata, pihaknya turut bercadang untuk membuat kolaborasi bersama koperasi-koperasi yang ada di Malaysia untuk memasar dan menjual produk tilam itu kepada ahli koperasi secara bayaran ansuran bulanan.

“anelalui kolaborasi bersama koperasi-koperasi ini, ERWAN SweetDream akan menawarkan diskaun beserta jaminan selama 10 tahun bagi setiap
pembelian produk tilam ini.

“ERWAN SweetDream juga akan membuat siri jelajah ke negeri-negeri bagi pelancaran rasmi untuk memperkenalkan produk-produk baru keluaran ERWAN SweetDream,” katanya.

Sementara itu, katanya, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa koperasi yang berdaya maju bagi menjalinkan kerjasama strategik serta promosi kepada ahli-ahlinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here