Gaza: 24 terbunuh 215 cedera dalam serangan Israel

0
10
Orang ramai sedang membantu petugas kecemasan menyelamatkan mangsa serangan Tentera Udara Israel di Gaza, semalam.

GAZA – Seramai 24 rakyat Palestin terbunuh manakala 215 lagi cedera masuk hari kedua konfrontasi di antara Israel dengan Jihad Islam Palestin (PIJ).

Antara yang terkorban termasuk enam kanak-kanak dan dua wanita, kata Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Antara sasaran yang diserang Tentera Udara Israel termasuk sebuah kediaman di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada malam Sabtu, yang mengorbankan dua rakyat Palestin dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Jurucakap tentera Israel, Avichai Adraee berkata, serangan mensasarkan komander briged selatan PIJ, Khaled Mansour.

PIJ mengumumkan seorang anggotanya, Ziad Al Mudallal terbunuh dalam serangan itu tetapi tiada kenyataan dikeluarkan mengenai Mansour.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh manakala 15 lagi cedera akibat serangan di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza pada malam Sabtu, menurut sumber Palestin.

Israel menafikan pihaknya bertanggungjawab terhadap serangan itu, dan mendakwa roket milik PIJ menyebabkan ‘pembunuhan tragis kanak-kanak’ di Jabaliya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here