Gema alunan Zikir Marhaban dan Qasidah di Malakat Mall Ahad ini

0
17
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Orang ramai dijemput memeriahkan program Minggu Kesenian Islam Nusantara yang akan berlangsung di Malakat Mall di sini, Ahad ini.

Program anjuran Kumpulan Malakat Eco dengan kerjasama pertubuhan PAWANA itu akan dimeriahkan dengan acara Zikir Marhaban dan Qasidah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail berkata, program itu akan disertai oleh empat kumpulan wanita dari pertubuhan PAWANA yang akan mengalunkan keindahan seni Qasidah yang sudah jarang dipersembahkan sekarang.

“Program ini diadakan sebagai usaha memeriahkan Malakat Mall bersempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi. Selain kibar Jalur Gemilang, kita adakan acara yang lain daripada tempat lain.

“Diharap segala kemeriahan ini akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang dan memberi sokongan kepada Malakat Mall,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Hilmi Ismail

Hilmi berkata, pihaknya turut menawarkan tapak niaga percuma di pusat beli belah itu kepada usahawan atau sesiapa sahaja yang mempunyai produk untuk dijual.

“Sempena acara ini kami menawarkan semula peluang kepada usahawan untuk berniaga tanpa sewa. Tidak perlu bayar sewa tapak atau apa-apa, hanya kongsi 10 peratus keuntungan dengan kami,” katanya.

Untuk tempahan ruang niaga, orang ramai boleh menghubungi Facebook Malakat Mall atau Bella di talian 013-231 0844.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here