Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Kundasang

0
30
Lokasi berlaku gempa bumi.lemah di Kundasang

RANAU – Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Kundasang di sini pada pukul 7.27 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi lemah itu dikesan berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan magnitud 3.1.

“Gempa bumi itu dikesan pada jarak 13 kilometer barat laut dari Ranau.

“Gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu dapat dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here