Guru lantikan tetap D41 diberi keutamaan berkhidmat di negeri kelahiran

0
14
Radzi Jidin

CYBERJAYA – Sebanyak 1,010 guru kelahiran Sarawak (DG41) yang dilantik telah ditempatkan di sekolah-sekolah di negeri itu sehingga 31 Julai lalu.

Dalam pada itu seramai 1,603 guru
dari Semenanjung Malaysia turut ditempatkan di Sarawak bagi mengisi keperluan opsyen yang belum mencukupi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, amalan penempatan guru di sekolah rendah dan menengah dilakukan
berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.

“KPM juga berusaha untuk memastikan guru
kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyan lisan (Tuan Anyi Ngau-Baram) berkenaan status pelaksanaan dasar pengisian 90 peratus jawatan guru di Sarawak.

Radzi berkata, jumlah kekosongan perjawatan guru sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak pada 31 Julai 2022 adalah sebanyak 2,815 orang.

“Kekosongan perjawatan guru di sekolah rendah dan menengah di Parlimen Baram adalah sebanyak 250,” katanya.

Ujar beliau, KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here