Harga siling minyak masak 5kg ditetapkan pada RM34.70

0
74
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Harga siling minyak masak sawit dalam botol 5 kilogram (kg) ditetapkan pada RM34.70 sebotol mulai 8 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.

“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian.

“(Ini) Bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya pada satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan tersebut, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here