Hari Sukan Brainy Bunch: 1,000 pelajar bersilat ala ‘Mat Kilau’ pukau penonton 

0
26
Persembahan silat oleh pelajar dan guru Brainy Bunch sempena Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

SEPANG – Persembahan silat semasa hari sukan bukanlah suatu perkara asing, namun Sekolah Islam Antarabangsa Montessori Brainy Bunch mengambil pendekatan berbeza dengan semua pelajarnya bersilat sempena hari sukan sekolah tersebut hari ini.

Menurut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, persembahan silat yang dipamerkan oleh pelajar dan guru itu adalah sebahagian daripada tradisi sekolah itu.

“Kita sudah ada tradisi setiap tahun macam persembahan muzikal, sorak semangat dan silat, tapi kali ini kita ada persembahan silat oleh semua pelajar kerana silat ada subjek wajib bagi semua pelajar Brainy Bunch,” katanya kepada Malakat Tribune.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, hari sukan kali ini sedikit berbeza terutamanya dari segi waktunya kerana diadakan pada sebelah malam.

“Tahun ini ada kelainan sedikit sebab kita buat hari sukan pada waktu malam sebab bila kita buat siang, acara kita banyak dan lama sampai ke tengah hari panas dan bila buat malam lebih santai dan tak panas.

Tambah beliau lagi, hari sukan itu juga melibatkan tiga cawangan Brainy Bunch iaitu Cyberjaya, Johor dan Kuala Lumpur.

Pelajar Brainy Bunch sedang berlari ke garisan penamat bagi acara 400m sempena Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

Selain itu, rata-rata ibu bapa menzahirkan rasa gembira dan teruja antaranya, Intan Nurbaizura Zainuddin, 37, yang hadir dari Seremban untuk menyaksikan anak lelakinya bertanding.

“Saya teruja sebab dah dua tahun duduk rumah buat aktiviti dalam talian anak pun dah tertekan duduk rumah.

Tambahnya lagi, kemeriahan yang ditampilkan semasa hari sukan ini jugalah antara sebab dia memilih untuk menghantar anaknya ke Brainy Bunch seawal usia tujuh tahun.

Sementara itu, Pelajar Brainy Bunch, Nur Qistina Abdul Muiz, 14, juga berasa teruja menjadi maskot utama bagi rumah sukannya (rumah hijau).

“Sukan sangat meriah dan saya rasa teruja sebab dapat jadi Tun Fatimah untuk rumah hijau hari ini,” katanya.

Ditanya bagaimana dia dipilih untuk menjadi maskot, dia menjawab, dia mempunyai teknik silat yang paling baik dalam kalangan rakanya yang lain.

Hari Sukan yang buat julung kalinya mengangkat konsep pahlawan serta perlumbaan merentasi halangan ini turut dihadiri lebih 5,000 pelajar bersama ibu bapa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here