Herdik pegawai imigresen: JPA dakwa tuduhan terhadap KPPA berita palsu, berniat jahat

0
386
Imigresen

CYBERJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kesal dengan kenyataan palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung tuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Menurut JPA dalam satu kenyataan, segala pertuduhan terhadap KPPA itu adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

“Untuk makluman, KPPA telah menegur pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) khususnya James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

“Malahan mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan.

“JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang. Malah, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, teguran tersebut tidak dibuat di khalayak ramai.

Malah katanya, KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah.

Pada masa sama katanya, KPPA juga mengesyorkan supaya perlunya pihak imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan imigresen.

Sehubungan itu, JPA ingin mengesyorkan supaya perkara itu disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Semalam tular dakwaan seorang pegawai tinggi kerajaan mengherdik dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here