Hujan lebat, ribut petir dijangka landa negara pada Hari Kebangsaan

0
11
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan hujan dan ribut petir akan melanda di kebanyakan lokasi seluruh negara pada Rabu ini.

MET Malaysia dalam satu kenyataan hari ini meramalkan cuaca mendung akan berlaku di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, hujan pada sebelah petang serta ribut petir di beberapa kawasan pada sebelah malam.

Dalam pada itu, MET Malaysia juga meramalkan tiada hujan bakal turun pada sebelah pagi di dua buah negeri pada hari tersebut iaitu Kelantan dan Pahang.

Selain itu, di beberapa kawasan pantai di negeri Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dijangkakan akan hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang pula, ribut petir dijangkakan melanda hampir di kesemua negeri di semenanjung termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hujan dan ribut petir dijangka berterusan sehingga malam manakala tiada hujan diramalkan di Putrajaya dan Melaka.

Di samping itu, bagi negeri Sabah dan Sarawak pula hujan dan ribut petir dijangka bakal melanda dari pagi sehingga malam di kebanyakkan lokasi di dua buah negeri tu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here