Impian Azeem Fahmi ke final terkubur

0
112
Muhammad Azeem Fahmi

CYBERJAYA – Impian pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi untuk beraksi di pentas final acar 200 meter (m) berkubur apabila berada di tempat kelima dalam saingan 200m Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20), pagi ini.

Dalam saingan separuh akhir itu, atlet yang memecahkan rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat semalam gagal mengulangi catatan terbaiknya dengan hanya mencatat 20.97s (200m).

Saringan separuh akhir di Stadium Olimpik Pascual Guerrero, Colombia itu diungguli atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencatat 20.23s, manakala Anthony Smith dari Turki, kedua dengan catatan 20.83s.

Atlet kelahiran Perak itu bagaimanapun berjaya memperbaiki catatan masa peribadi terbaik pada peringkat saringan dengan catatan 20.83s.

Pencapaian itu adalah rekod kedua terbaik negara dibelakang catatan atlet Russel Alexander Nasir Taib (20.77s) pada 2019.

Atlet Botswana berusia 19 tahun, Letsile Tebogo mengungguli saingan dengan memecahkan rekod dunia B-20 milik atlet Amerika Syarikat Trayvon Bromell yang dicipta pada 2014 serta rekod kejohanan miliknya yang dilakar sewaktu di pusingan awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here