Indonesia umum jangkitan cacar monyet pertama

0
6
Gambar hiasan

JAKARTA – Selepas lebih 20 keputusan ujian PCR disahkan negatif, Indonesia kelmarin mengesahkan satu kes positif cacar monyet yang pertama.

Kes melibatkan seorang pesakit lelaki berusia 27 tahun yang mula mengalami demam pada 14 Ogos lalu selepas pulang dari luar negara.

Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, pesakit juga mengalami simptom seperti bengkak kelenjar dan ruam pada anggota badan di tangan, kaki, leher, muka dan bahagian kemaluan.

“Hari ini (Sabtu) seorang lelaki berusia 27 tahun disahkan positif cacar monyet melalui ujian tindak balas rantaian PCR pada malam Jumaat.

“Pejabat Kesihatan Jakarta telah melaksanakan pengawasan terhadap kontak rapat pesakit bagi mengesan sama ada mereka turut dijangkiti,” kata jurucakap kementerian itu.

Pengesanan kes berkenaan merupakan ujian risiko ke 23 wabak berkenaan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pada 3 Ogos lalu memaklumkan wabak yang bermula pada Mei lalu itu sudah menjangkiti lebih 18 ribu orang di 78 negara.

Antara tanda-tanda jika seseorang terkena jangkitan cacar monyet ialah demam, sakit kepala, sakit otot, kelenjar limfa bengkak, menggigil, lesu dan ruam kulit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here