Inisiatif Wanita [email protected] manfaatkan golongan wanita

0
17

CYBERJAYA – Inisiatif Wanita [email protected] berjaya memberi banyak kesan positif kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya kewangan dan penjanaan pendapatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kira-kira 11,055 wanita telah berjaya dihubungkan dan diberi peluang kerjaya, manakala 32,471 wanita pula telah diberikan pengetahuan berterusan dalam pengurusan kewangan.

Perkara itu dikongsikan oleh Rina ketika merasmikan program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita [email protected] di Bandar Baru Salak Tinggi, baru-baru ini.

“Inisiatif Wanita [email protected] terbahagi kepada dua kaedah iaitu sektor formal dan tidak formal.

“Bagi sektor formal, kementerian telah berkerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp Malaysia dan beberapa organisasi pekerjaan yang lain dalam menjalankan pameran kerjaya,” kata Rina.

Sementara itu, bagi Sektor Tidak Formal pula, para peserta telah dihubungkan dengan pelbagai peluang perniagaan dana keusahawanan daripada pihak Kerajaan. Bukan itu sahaja, para peserta juga telah diberi bantuan geran MyKasih Kapital sebanyak RM500 sebagai modal kecil untuk mereka memulakan perniagaan.

“Bantuan geran MyKasih Kapital sebanyak RM500 juga disediakan untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil dalam bidang e-dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim di Kementerian Keusahawan. ” Jelas YB Datuk Seri Rina.

Untuk edisi zon tengah, lebih 15 ribu peluang kerjaya dan usahawan ditawarkan. Mereka yang turut boleh mendapatkan tips dan nasihat daripada mereka yang telah berjaya.

Bersempena karnival itu juga, 30 majikan daripada pelbagai sektor telah dibawa dan lebih 15,000 jawatan kosong ditawarkan. Daripada jumlah itu, 1,000 jawatan kekosongan peringkat eksekutif dan 14,000 jawatan kekosongan bukan eksekutif telah ditawarkan.

Selain daripada peluang pekerjaan, mereka yang hadir juga boleh mendapatkan promosi perkhidmatan atau sebarang bantuan daripada agensi bawah KPWKM.

Antara agensi yang membuka reruai di karnival itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here