JAIS sedang perincikan laporan ajaran Hadi Minallah

0
14
MOHD. ZAWAWI

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang memperincikan laporan siasatan mengenai ajaran Hadi Minallah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, antara yang sedang dikenal pasti adalah sama ada ia melibatkan warga asing atau tidak.

“Setakat ini, kita masih menunggu siasatan dan laporan penuh berkenaan.

“Kenyataan lanjut akan dikeluarkan JAIS dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mendedahkan bahawa penyebaran ajaran sesat itu turut dikesan di Selangor, Johor dan Kedah.

Sementara itu, berkenaan isu Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya yang semakin pada dan terhad, Mohd. Zawawi berkata, beliau difahamkan pihak berkuasa sudah meninjau kawasan tanah perkuburan itu baru-baru ini.

“Namun, saya akan mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai perkara itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here