Jangan terlalu gembira dengan musibah yang menimpa orang lain – Mat Sabu

0
47

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia tidak seharusnya terlalu gembira dan angkuh atas musibah yang ditimpa seseorang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, orang ramai hendaklah menjadikan perkara itu sebagai suatu panduan dan pedoman supaya tidak mengulangi kesilapan, sama ada jenayah dalam bentuk peribadi ataupun yang melibatkan negara.

“Kita hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang.

“Jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Bekas Menteri Pertahanan itu turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berusaha dan mendoakan agar negara Malaysia dan rakyat berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dan mengekalkan sabitan dan hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International.

Najib yang didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan membayar denda RM210 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here