JKMR cadang mahkamah khas antirasuah diwujudkan

0
7
RAIS YATIM

CYBERJAYA – Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mencadangkan agar Mahkamah Khas berhubung Antirasuah diwujudkan di negara ini, lapor Astro Awani hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Rais Yatim berkata, penubuhan institusi itu perlu membabitkan hakim yang mempunyai kepakaran dalam jenayah rasuah dan tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, pengwujudan ini secara khusus daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

“Ia akan memberi suasana, kepakaran, ketetapan dan kejituan mahkamah khusus mengenai rasuah. Ini berkait langsung dengan kedudukan Malaysia pada hari ini yang semakin menurun, misalnya kita berada di tahap 62 di peringkat global dan justeru ia perlu diambil kira.

“JKMR sudah mengemukakan syor yang menjadi antara cabaran besar dan mendapat perhatian kerajaan, selain kita akan bawa balik isu ini di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan dan memberi rundingan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menghubungi badan kehakiman,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Rais menyerahkan Buku Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (JKMR) tahun 2020 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.

Penyerahan buku laporan tersebut selaras dengan Seksyen 14 (5) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan JKMR perlu menyediakan dan menyerahkan laporan tahunan mengenai penunaian fungsi Jawatankuasa Khas kepada Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Rais menambah, turut disyorkan dalam laporan berkenaan adalah ketidakseragaman tindakan dalam menguatkuasakan penggunaan pakaian warna oren kepada tertuduh jenayah rasuah.

“Sesetengah dikenakan baju lokap SPRM warna oren, manakala yang lain dibenarkan berpakaian segak dan bertali leher.

“Kami mengersyorkan pemerhatian Artikel 8 dalam Perlembagaan diambil kira, kalau dikenakan kaedah, wajarlah kaedah itu diikut.

“Jika tidak, wajar kita tidak mewujudkkannya. Ini akan memberikan tanda mercu yang tinggi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,”katanya.

Turut dibangkitkan ialah agar prosedur dan jaminan penyimpanan barang kes oleh SPRM diurus tadbir dan disimpan oleh Bank Negara dan mewujudka undang-undang dana politik supaya konsep dan amalan antirasuah serta keadilan bagi penerima dan pemberi dana adalah jelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here