Jurulatih penerbangan meninggal dunia disebabkan kecederaan pada tengkuk dan dada – Polis

0
29

IPOH – Keputusan bedah siasat mangsa yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini semalam, adalah disebabkan kecederaan pada tengkuk dan dada.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, kecederaan yang dialami jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal itu adalah disebabkan kemalangan aviasi.

Dalam insiden pada pukul 8.38 malam semalam, Fajim,52, dari Semenyih, Selangor, maut, manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.

Sebelum kejadian, kedua-dua jurulatih penerbangan tersebut dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, Mior memaklumkan, bangkai pesawat ringan itu telah dialihkan dan dibawa keluar daripada lokasi kejadian petang tadi.

Katanya, bangkai pesawat kemudian dihantar semula ke pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Siasatan dijalankan oleh CAAM tetapi pihak polis sedikit sebanyak membantu menjalankan siasatan,” katanya.

Kerja mengalih bangkai pesawat mengambil masa kira-kira satu jam sebelum berjaya dibawa keluar sepenuhnya daripada lokasi kejadian, pada 3.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here