Juruterbang maut, seorang lagi parah dalam nahas pesawat di Medan Gopeng

0
97
Keadaan pesawat yang terhempas berhampiran Sungai Pinji dekat Medan Gopeng, Ipoh, Perak malam tadi.

IPOH – Juruterbang pesawat ringan yang terhempas berhampiran Medan Gopeng di sini disahkan maut manakala seorang lagi cedera parah akibat kemalangan kira-kira 8 malam tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataannya mengesahkan menerima panggilan kecemasan dari pesawat Piper 28-161 itu pada pukul 8.07 malam tadi dari menara kawalan trafik udara CAAM.

“Pesawat yang terhempas di Sungai Pinji berdekatan dengan Medan Gopeng, Ipoh itu adalah pesawat yang sedang menjalani latihan penerbangan.

“Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-BAA itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah,” katanya.

CAAM berkata, mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu kini sedang menerima bantuan perubatan.

Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sementara itu, polis berkata jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut dalam nahas itu, manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.10 malam dan siasatan awal mendapati kedua-dua jurulatih penerbangan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran.

“Mereka dipercayai menaiki pesawat jenis Piper 28 dan cuaca adalah baik ketika kejadian.

“CAAM akan membuat siasatan untuk mengetahui punca kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here