Kaedah sewaan peralatan kurangkan beban perbelanjaan ‘one-off’ – KKM

0
4
KHAORY JAMALUDDIN

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan cadangan meluaskan kaedah penggantian peralatan secara sewaan bagi mengurangkan beban perbelanjaan modal secara ‘one-off’.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kaedah itu juga akan memastikan peralatan perubatan hospital berada dalam keadaan optimum dan mengikut standard ditetapkan kerana penyelenggaraan peralatan itu akan dilakukan pengeluar.

“Melalui kaedah ini juga, KKM akan dapat memastikan peralatan perubatan yang digunakan adalah selari dengan perkembangan teknologi terkini,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan memperuntukkan RM19.6 juta untuk melaksanakan kaedah sewaan selama lima tahun sejak 2020.

“Peralatan yang terlibat adalah 300 unit katil unit rawatan rapi (ICU), 33 meja pembedahan am dan ortopedik, 20 mesin imbasan x-ray, lapan unit CT-Scan, lapan unit MRI dan 40 unit power drill ortopedik.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd. Ramli (PN-Dungun) berhubung tindakan jangka pendek dan panjang KKM bagi menggantikan peralatan di hospital yang semakin usang dan daif di seluruh negara ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here