Kanak-kanak maut jatuh flat tingkat 9

0
116
Kanak-kanak maut jatuh flat tingkat 9

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan yang tular selepas terjatuh dari tingkat sembilan Flat Sri Sabah di sini disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.54 pagi tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis dari cawangan peronda dan Balai Polis Cheras bergegas ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun mereka dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu sudah dibawa ibunya ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), di sini.

“Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari balkoni dapur rumahnya di tingkat sembilan flat berkenaan.

“Ketika kejadian, ibu dan adiknya berada di rumah namun ibu mangsa tidak menyedari anaknya itu berada di dapur sebelum dipercayai terjatuh,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan HCTM.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengawasi anak masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku selain menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584 / 85.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here