Kerahsiaan pelapor portal buli diutamakan – Radzi

0
3

PUTRAJAYA – Kerahsiaan identiti individu yang membuat laporan menerusi platform khas aduan buli Kementerian Pendidikan (KPM) adalah terjamin.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Mat Jidin berkata, keresahan segelintir ibu bapa yang risaukan tindak balas daripada pihak tertentu sudahpun diambil kira sebelum ini.

“Saya faham kerisauan ibu bapa mengenai kerahsian.

“Di sini saya ingin beri jaminan bahawa kerahsiaan pelapor adalah keutamaan kami,” kata Radzi, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Platform Pembelajaran Digital KPM Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa): Agenda Digital Kita di SMK Putrajaya Presint 8(1), di sini hari ini.

Baru-baru ini, KPM mengumumkan pewujudan portal khas aduan buli (https://www.moe.gov.my/aduanbuli) bagi melaporkan kes buli di sekolah.

Platform tersebut, selain menggunakan Sistem Pengurusan Adua Awam (SISPAA) KPM sedia ada, laporan boleh dibuat menerusi talian khas (03-88849325, Whatsapp 014-8009325) ataupun menerusi e-mel ([email protected]).

Kata Radzi lagi, sebanyak 19 aduan berkaitan kes buli di sekolah telahpun diterima KPM sejak portal itu dilancarkan pada Khamis lalu.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 aduan diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) manakala tiga lagi aduan melalui aplikasi WhatsApp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here