Kerajaan Pusat tidak pernah lupakan Sarawak – PM

0
11
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Kerajaan Persekutuan sentiasa mengutamakan pembangunan negeri Sarawak selari dengan sasaran sifar miskin tegar pada akhir tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut selari dengan sasaran Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) bagi sasaran sifar miskin tegar pada akhir tahun 2025.

“Selain itu, bagi menjamin keselesaan dan kemudahan generasi masa hadapan, peruntukan sebanyak RM5.77 bilion telah disediakan di bawah RMKe-12 bagi membangunkan dan menaik taraf sekolah serta institusi pendidikan di Sarawak,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sarawak, hari ini.

Tambah Perdana Menteri, fasa pertama BMTKM di Saarawak melibatkan empat lokaliti iaitu Gedong, Kampung Seberang Sebuyau, Kampung Spaoh dan Pakan.

Selain BMTKM, seramai 867,967 Keluarga Malaysia di Bumi Kenyalang telah menerima manfaat menerusi inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM745 juta, membuktikan kecaknaan Kerajaan terhadap Keluarga Malaysia di negeri ini.

Sementara itu, Projek Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16.1 bilion yang dilancarkan pada bulan Mac 2015, kini berada pada tahap 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

Ismail Sabri menambah, bagi sektor kesihatan pula, sebanyak enam projek pembinaan hospital dan klinik dilaksanakan di negeri ini, melibatkan tambahan bangunan, kelengkapan perubatan serta kuarters.

Sehingga kini Hospital Sri Aman telah pun siap manakala lima buah projek lagi yang melibatkan kos sebanyak RM695.5 juta di Miri, Mukah, Kuching dan Serian dijangka siap tahun depan.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut menyediakan peruntukan sebanyak RM13.4 bilion bagi pembangunan prasarana dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia Sarawak.

Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak juga komited dalam menyediakan kemudahan jalur lebar (Internet) kepada rakyat negeri ini melalui Program Jalinan Digital Negara dengan memperuntukkan sebanyak RM4.09 bilion di bawah RMKe-12 untuk memastikan capaian jalur lebar secara menyeluruh di Sarawak menjelang 2030.

Katanya, pelancaran satelit kelapan negara, MEASAT-3d baru-baru ini dengan kos sekitar RM1.2 bilion telah dilancarkan bagi meningkatkan kelajuan capaian Internet sedia ada, sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

”Inilah antara tanda keprihatinan dan inisiatif kerajaan kepada rakyat di negeri ini. Kerajaan berharap selepas ini tiada lagi Keluarga Malaysia yang terpaksa memanjat pokok atau berkhemah di atas bukit semata-mata mencari liputan Internet,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here