Kerajaan tanggung RM5.8 b subsidi elektrik negara

0
7
Kos penjanaan elektrik negara yang meningkat akibat kenaikan harga arang batu ketika ini.

CYBERJAYA – Kerajaan menanggung kira-kira RM5.8 bilion subsidi elektrik dalam mengekalkan kadar tarif elektrik untuk separuh tahun kedua 2022 sama seperi kadar separuh tahun kedua 2022.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah tanggungan itu adalah kesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api dunia pada tahun ini.

Katanya, kerajaan pada 24 Jun lalu telah memutuskan perkara tersebut walaupun menanggung kos penjanaan elektrik yang melonjak tinggi.

“Pada awal tahun 2021, harga arang batu adalah sekitar AS$80 se tan metrik (RM4.4655=US$1), namun pada pertengahan tahun 2022, ia telah mencecah AS$400 se tan metrik.

“Sehubungan itu, kerajaan akan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi memanfaatkan kesemua ahli Keluarga Malaysia daripada impak kenaikan kos elektrik,” katanya.

MOF berkata, kerajaan tetap membayar jumlah RM5.8 bilion kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi memastikan syarikat pembekalan elektrik negara itu tidak terkesan.

“Sehubungan itu, kerajaan juga akan memberi jaminan pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia, di samping memangkin kemampanan industri tenaga negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here