Kertas siasatan gangguan seksual di IPTA Johor diserah ke Bukit Aman

0
42

TANGKAK – Kertas siasatan dakwaan gangguan seksual di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Johor sudah diserahkan ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Tangkak, Mohd Fadhil Minhat berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan semua pihak terlibat sudah dipanggil memberikan keterangan.

“Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dirujuk ke bahagian siasatan dan perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan, pada 16 Ogos lalu Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak mengesan hantaran tular di Twitter mengandungi imej memaparkan laporan polis bertarikh 2 Jun 2021 mengenai perbualan telefon berunsur lucah melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah universiti awam.

Semalam, tular di Twitter seorang pelajar perempuan di sebuah universiti awam mendakwa dirinya menerima gangguan seksual daripada pensyarahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here