Kertas siasatan kes dera kanak-kanak autistik diserah ke TPP

0
6
KAMARUL ZAMAN

JOHOR BAHRU – Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang kanak-kanak autistik yang disyaki didera di Skudai baru-baru ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan selepas menerima laporan pakar pakar perubatan awam berhubung kecederaan kanak-kanak itu.

“Ini penting bagi mengesahkan sama ada kecederaan kanak-kanak berusia enam tahun itu akibat didera atau faktor lain,” katanya, hari ini.

Pada 30 Julai lalu, seorang ibu mendakwa anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi di sebuah pusat berbayar disyaki didera ahli terapi sejak awal tahun ini.

Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, dipetik sebagai berkata, beliau menghantar anak sulungnya itu untuk menerima rawatan di pusat berkenaan sejak November 2019.

Beliau mendakwa, anaknya yang mesra dipanggil Abrisam sudah beberapa kali cedera tetapi setiap kali meminta penjelasan dari pihak terapi, memaklumkan kecederaan disebabkan aktiviti terapi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum penjara maksimum hingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here