Kes buli: 10 pelajar disyaki terlibat dibebaskan dengan jaminan polis

0
20
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kesemua 10 orang pelajar senior sebuah kolej vokasional di Setapak, Wangsa Maju yang ditahan reman sejak Rabu telah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mereka yang berusia antara 16 hingga 20 tahun itu dibebaskan selepas selesai keterangan diambil.

“Kami kini dalam proses sedang mengemas kini dan menyiapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan dirujuk segera kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya kepada portal Malaysia Gazette, hari ini.

Terdahulu, seramai 10 pelajar kolej berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dkerana didakwa memukul dan mencederakan seorang pelajar junior, Selasa lepas.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk, pinggang serta sakit di keseluruhan badan.

Ashari menambah, siasatan awal mendapati punca pergaduhan itu disebabkan perselisihan faham kerana mangsa dikatakan tidak menghormati pelajar senior hingga membawa kepada insiden pergaduhan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here